Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isteri Rosmah Mansor dan 13 yang lain dipanggil menjadi saksi dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika membacakan keputusan itu Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menyatakan pihak pendakwaraya harus memastikan saksi yang dicadangkan untuk hadir ke mahkamah.
"Apabila pendakwaraya menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pendakwa untuk memastikan saksi hadir ke mahkamah.
"Pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi," kata Zabidin.
Sebelum ini kesemua mereka enggan ditemuramah peguambela lalu menyatakan hanya akan hadir sekiranya mahkamah mengemukakan sapina.
Hari ini, setelah hampir tiga bulan berlalu, ia merupakan fasa paling penting dalam kes ini apabila Anwar dipanggil untuk membela diri selepas pihak pendakwaan membuktikan adanya kes prima facie.
Selain Najib dan Rosmah, 13 yang lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka,Mohd Rodwan Mohd Yusof.
p/s: Nampaknya strategi Anwar dah berjaya untuk heret PM dan bini dia kedalam kes liwat ni.. Anwar akan gunakan sepenuhnya kesempatan ni untuk burukkan imej Najib dan Rosmah..
Senanglah nanti dia akan kata semua ni adalah bukti bahawa liwat 2 adalah konspirasi dari kerajaan.. Apapun, kita tunggu hari perbicaraan nanti.. Banyak bukti baru yang akan didedahkan...
No comments:
Post a Comment