Anwar fail notis usul kedua
KUALA LUMPUR 1 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi memfailkan permohonan untuk menemu bual saksi-saksi dalam kes liwatnya, kali ini membabitkan 10 saksi alibinya, sebelum beliau memberi keterangan membela diri pada minggu hadapan.
Permohonan melalui notis usul kedua itu dikemukakan melalui firma guaman, Tetuan Karpal Singh & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Pada 26 Julai lalu, Ketua Pembangkang itu memfailkan permohonan sama terhadap lima saksi iaitu pemilik unit kondominium yang didakwa sebagai tempat kejadian, Hasanuddin Abd. Hamid; bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam permohonan terbarunya, Anwar memohon untuk menemu bual bekas pemandu beliau sendiri, Abdullah Sani Said; dua bekas pengawal peribadinya, Mokhtar Mustafa dan Mohd. Khoharullah Abdul Majid; isteri Hasanuddin, Noor Sham Abdul Hamid; serta dua pembantu rumah Hasanudin iaitu seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Suliati dan Fitria Dipan.
Yang lain ialah bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Mahmood Nik Hassan dan tiga individu yang didakwa hadir di kondominium terbabit pada 26 Jun 2008 iaitu bekas Pengarah Eksekutif Institut penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem, pegawai bank Deutsche Bank(M) Bhd., Raymond Yeoh Cheng Seong serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Omar Malek Ali Merican.
Permohonan itu dikemukakan dengan alasan yang sama iaitu pihak pendakwaan diwajibkan di sisi undang-undang untuk memastikan kehadiran kesemua saksi itu ke mahkamah atas kos pendakwaan bagi tujuan ditemu bual.
Dalam afidavit bagi menyokong permohonan itu, Anwar menyatakan, pasukan pembelaannya mahu menemu bual saksi-saksi terbabit bagi menentukan sama ada mereka diperlukan untuk memberi keterangan bagi pihak pembelaan memandangkan kenyataan mereka telah direkodkan oleh pihak polis sebelum ini. - Utusan Malaysia
KOMEN: Ini kerja merepek untuk buang masa dan melengahkan mahkamah.
Selalu orang sapina untuk hadhir sebagai saksi, tapi dia masih nak interview dan siasat-siasat. Siasat at his time la.
Kes pun dah lebih dua tahun, takkan baru nak siasat?
Apa yang akan dilakukan ialah:
Fail permohonan. Bila tolak kelak, dia fail untuk rayuan. Kemudian ke Mahkamah Persekutuan. Lepas itu cari isu lain pula, proses sama, ...
No comments:
Post a Comment