BUDAK KENA ROGOL SYAITAN KECIL... BERITA UNTUK ZURAIDAH KAMARUDDIN

Budak lelaki berusia 14 dan 10 tahun telah merogol seorang budak perempuan berusia 9 tahun di lorong belakang bangunan kedai di Jalan Memanda 5, Ampang. Hasilnya, ibu suspek menyerang ibu mangsa kerana dituduhnya membuat tuduhan palsu.



HARIAN METRO menyiarkan sebuah berita yang benar-benar membuatkan kita meremang bulu tengkuk, apatah lagi bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang sedang remaja. Nampaknya, jenayah tidak lagi terhad kepada golongan mumaiyiz lagi, sebaliknya turut melibatkan kanak-kanak.


Kejadian jenayah melibatkan kanak-kanak semakin meningkat. Pendedahan yang keterlaluan dan tidak dapat dikawal sekarang ini, menjadikan kanak-kanak sebagai pelaku jenayah yang cukup mudah. Apatah lagi dengan ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan mencari duit bagi memastikan mereka tidak kelaparan dan segala bil tidak berbayar memandangkan desakan hidup menjadi tidak tentu hala kerana tekanan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup.


Setiap kejadian jenayah yang berlaku, setiap anggota masyarakat bertanggungjawab. Para pemimpin, dari sebesar-besar pemimpin, baik yang menjadi pemerintah mahupun pembangkang, bertanggungjawab sepenuh kerana pada tangan (mulut sebenarnya) terletaknya dasar yang akan menentukan jaminan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat yang diwakili.


Begitu juga dengan para pemimpin kecil seperti pengerusi JKKK, ketua blok, sehinggalah ibu bapa, turut bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka daripada terlibat dalam sebarang perbuatan sumbang dan jenayah.


Namun situasi dan kesedaran terhadap tanggungjawab sebenarnya sangat kurang. Wakil-wakil rakyat yang mempunyai kuasa untuk membentangkan atau menyanggah sebarang dasar yang dilihat mengancam sosio-budaya masyarakat, lebih seronok ke sana ke mari untuk berkempen bagi memastikan parti mereka menang dalam pilihanraya. Alasannya, hanya dengan kemenangan dalam pilihanraya, barulah semuanya boleh diubah.


Pemimpin-pemimpin kecil pula, lebih sibuk dengan urusan peribadi dan tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Asalkan kedudukan mereka tidak tercabar, para pemimpin kecil ini lebih selesa menutup mata dan memekakkan telinga kerana bersandarkan kepada budaya masa kini, JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG.



Ibu bapa pula lebih senang dengan budaya MENDIDIK DENGAN KASIH SAYANG BUKANNYA DENGAN KEKERASAN, memilih untuk menyebelahi dan melindungi anak-anak mereka, sekalipun anak-anak mereka melakukan kesalahan jenayah.


Maka kejadian di lorong belakang Jalan Memanda 5, Ampang pasti akan berulang lagi. Malah ia tidak menampakkan sebarang tanda-tanda yang fenomena ini akan berhenti, sebaliknya dengan gelagat orang dewasa sekarang, fenomena tersebut akan menjadi satu lagi sub-budaya dalam masyarakat Malaysia yang akhirnya dipandang dengan pandangan biasa!!!

No comments:

Post a Comment