UNTUK YANG BENAK MENGIRA DAN BERMATEMATIK!!!


Perhatikan kedua-dua gambar yang ditampal dengan sebaik-baiknya. Gambar di atas sekali adalah pemandangan sebahagian daripada tempat duduk di Stadium Bukit Jalil. Manakala gambar di bawah pula adalah demonstrasi BERSIH 2.0 pada 9 Julai yang diuar-uarkan telah dihadiri seramai 100,000 orang!

Gambar di atas, manusia-manusianya tidak bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Manakala gambar di bawah pula, mereka bergerak apabila dihalau oleh pihak berkuasa.

Untuk pengetahuan, 85,000 tiket untuk perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Singapura yang berakhir dengan keputusan 1-1 (Singapura menang dengan agregat 6-4) telah habis terjual. Dengan kata lain, sekurang-kurangnya terdapat 85,000 orang manusia di dalam stadium....

Manakala demonstrasi BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu dikatakan oleh Al-Jazeera yang diterimapakai oleh semua pencacai Pakatan Rakyat sebagai jumlah yang 'betul' seramai 100,000 orang...

Bandingkan dua gambar itu... gambar di stadium hanya sebahagian yang tidak sampai pun 50,000 orang, manakala gambar di bawah adalah pertemuan tiga kelompok besar demonstrator di simpang jalan berhadapan dengan Maybank, Puduraya dan Cahaya Suria....

Anda sudah nampak sekarang siapa yang cuba besarkan angka, tetapi kemudian berusaha untuk mewujudkan revolusi sebab 9 Julai adalah satu kegagalan?

No comments:

Post a Comment